ouh my nasi goreng kampung !






history >
Nasi goreng kampung merupakan masakan yang mudah disediakan. Nasi goreng kampung merupakan nasi yang digoreng bersama dengan ikan bilis dan cili padi. Pada asalnya nasi goreng merupakan menu bagi sarapan pagi dimana ianya menggunakan nasi dingin yang digoreng semula. Namun kini nasi goreng bukan hanya untuk sarapan pagi malahan ianya turut dijadikan menu bagi makan tengahari dan juga makan malam. Kini nasi goreng mula dipelbagaikan dengan mencampurkannya dengan bahan-bahan tambahan yang lain seperti daging, ayam, sotong, udang, sayur-sayuran dan lain-lain. (blablabla)

how ?

Bahan A

1. 1 sudu besar garam
2. 7 biji bawang merah (bwg kecil)
3. 5 biji bawang putih
4. Segenggam ikan bilis
5. 7 biji cili api (atau lebih kalau suka pedas)

Bahan B

1. 5 senduk nasi yang sudah dimasak, berderai
2. 3 sudu besar minyak masak
3. Sayur kangkung (daun dan batang)dipotong 3cm
4. 5 helai daun kesum dihiris halus (kalau takde,takpe)
5. Bawang goreng (kalau takde, takpe)
6. 5 sudu besar air masak.
7. Limau nipis atau limau kecil(yg selalu makan ngan asam boi)

1.Tumbuk semua Bahan A, jangan terlalu lumat.Pakai cara tradisional (lesung batu) lagi sedap.Jgn letak air semasa menumbuk, sekadar baki air basuhan ikan bilis & bwg yg melekat pada bahan2 tersebut, kira ok.
2.Panaskan minyak, tumiskan bahan2 yg tlh ditumbuk tadi hingga bwg jadi kekuningan dan naik bau. Api sederhana je.
3.Bila dah naik bau, letak air sbyk 5 sudu dan masukkan sayur (kangkung) yg tlg dipotong2 tadi (masukkan batang sayur dahulu supaya cepat empuk).Masak selama 1 minit lagi.
4.Kecilkan api sikit, masukkan nasi yang dah dimasak ke dalam kuali dan gaul hingga rata.